WeLcOmE, Hello And Hye!

Assalamualaikum, . we can make you be our friend, so, let's tell me in shoutbox or contact me! If you want to be our friends too, lets click Follow Button.

OuR MeMoRiEs . .





A BiLlIoN Of ThAnKs To! :)

Full Template: Azk iya Adna and Fayza Nafisa
Layout: Nana Euphemia.
Big Helped:
Edited by : Nadiatul_Asyikin





DiNnEr ApRiSiAsI LeMbAgA PeNgAwAs SeKoLaH & PeNgAwAs SpBt SmK KePaLa BaTaS 2014
Khamis, 13 November 2014 @ 8:00 PTG | ThE FrIeNdShIp LoVeR (0)

DiNnEr ApRiSiAsI LeMbAgA PeNgAwAs SeKoLaH & PeNgAwAs SpBt SmK KePaLa BaTaS 2014






Bismillahirrahmanirrahim



Assalamualaikum w.b.t  



    Aishhhh lamanya tak update blog ni, berhabuk bersawang bagai dah ni Syikin oiii *sambil tiup habuk dan buang sawang* =,= .... hehehehe maaflah yea blog, kita ni sibuk sikit *ehh sibuk ker* hahaha busyy laa sangat kan ? -_- ...  Kalau di flashback balik sebenarnya mana ada sibuk sangat pun cuma kemalasan tu di tahap beku dah .. hahahaha


   Ok-ok entry kali ni nk share pasal pengawas & gambar sekitar dinner pada 25/10/2014 ... Bunyi mcm menarik kan ? hehe .. Memang menarik untuk di share & berharga untuk di ingati .. Almaklumlah tahun akhir dkt SMKKB kan ..*aii bunyi mcm sedih kan* hahaha .. Boleh laa kalau nak kata tak sedih tu memang menipu laa kan .. Bukan senang nak jadi pengawas yang baik macam Syikin -_-' *cehh ayat minta pelempang sedas dua* hahaha ... Yea laa kalau bukan diri sendiri yang puji sape lagi yang nak puji kan .. Tak gitu ? Lain laa kalau korang nak puji Syikin .. Hewhewhew 


   Selama 4 1/2 tahun berkhidmat sebagai seorang pengawas sekolah/setiausaha memang banyak cabaran harus dilalui oleh Syikin yang bergelar PENGAWAS .. Macam-macam karenah budak-budak Syikin terima .. Ada yang cakap baik, ada yang kurang sopan, ada yang tengok kami lalu cakap "Weyhh penyebok mai dah .. Jom masuk barisan cepat" .. Semuanya pada ketika itu menimbulkan sakit hati kat Syikin .. Masa tu ada jugak terlintas kat hati "Eh bebudak ni cube korang pulak ade kt tempat aku ape korang rasa .. Mesti korang sakit tahap kritikal kan ?" .. Hmmm tapi bila dikenang balik ianya menjadi kenangan manis kan ? Kenapa kenangan manis pulak ??? Kenapa yea ?? Kerana bukan semua orang mampu menggalas jawatan/tanggungjawab ni .. Yea memang ramai yang menyandang gelaran 'pengawas' tetapi adakah kita reda & ikhlas dengan apa yang telah kita lakukan .. Tepuk dada tanya iman ... Selalu cikgu tanya "adakah kamu semua ni betul-betul dan bersedia nak jadi pengawas ?" dan jawapan yang diberikan "yea cikgu, kami betul-betul dan bersedia nak jadi pengawas" Sebab apa nak jadi sangat pengawas ni ?? Ada apa dengan maksud pengawas ? Hmmmmmm ... Jawapan dihulurkan sebab nak tolong cikgu & blablabla ... Setahun kemudian semua tu makin pudar .. Betul tak ?? Nak tahu sebab apa ? Sebab kita nak jadi pengawas ni untuk suka-suka jer, untuk bagi kawan-kawan tengok "owhhh best laa dia jadi pengawas" tidak pun kita nak jadi sangat pengawas sebab nak sijil je *mentang-mentanglah jadi pengawas terus dapat 'extra' markah untuk koko* huhuhu ... Semua ni dah kami lalui walaupun kadang-kadang fed up dengan budak-budak 'nakal'...



   Semua ni mesti akan kami ingati dan mengambil benda tersebut sebagai pengalaman manis dan pahit untuk mendewasakan kami .. Biasalah kan nobody perfect right ? Kadang-kadang ada perselisihan faham dalam organisasi pengawas dah macam alah bisa tegar biasa kan ? Mana ada manusia yang tak pernah buat salah dan bergaduh kan ? Tapi syukur alhamdulillah macam mana bergaduh pun kami tetap macam keluarga .. Segala-galanya kami kongsi bersama .. Kena marah dengan cikgu sama-sama, buat spotcheck sama-sama , semaunya lah sama-sama .. :')



Muka-muka bakal pengawas yang cemerlang .. hehehe








Kenang-kenangan bersama guru-guru pengawas sekolah & pengawas spbt *sedih sbb tak dapat sertai sesi bergambar ni sbb Syikin dh balik*


  Selepas ni semuanya akan membawa haluan masing-masing ...masih ada lagi ke masa untuk kami bersatu macam sekarang ? Allahu'alam .. mudah-mudahan masih ada .. ok-ok kat sini ada sisa-sisa gambar kami bersama secebis kegembiraan yang sukar untuk dilupakan buat para PENGAWAS SEKOLAH & PENGAWAS SPBT FORM 5 TAHUN 2014 ...






Kami kadang-kala mempunyai perangai yang 'gila-gila'





   Hmmmm ok laa sampai sini je lah Syikin share pasal kenangan menjadi seorang pengawas sekolah & gambar semasa dinner pada 25/10/2014 bersamaan hari Sabtu ... Tak boleh bebanyak sebab takut berderaian airmata semakin lebat .. huhuhu .. Walaubagaimanapun, Syikin doakan semuanya berjaya dapat keputusan SPM yang cemerlang dan berjaya dalam hidup di dunia mahupun akhirat .. In Shaa Allah .. Aamiin- Aamiin Ya Rabbal Alaamiin  ... Kepada cikgu Siti Hadijah Binti Mohd Refee terima kasih kerana mengajar diriku menjadi seorang pengawas yang baik walaupun kadang-kadang bersifat 'so annoying' ... Hehehe ... Syikin SAYANGGGGGG cikgu sangat-sangat .... <3 <3 <3 <3 Jangan lupakan kami yeaaaaa cikgu ...











T!nt@ 0le# :


NaDiAtUl_AsYiKiN

Catat Ulasan